mummylove-roha.blogspot.com

Pagi tadi, mama ada menerima sms dari papa. Mama rasa sangat sedih bila baca sms tu. Apa tidaknya, rancangan yang telah dibuat tahun ini tak dapat menjadi kenyataan. Macam mana mama nak bagitau mak dan abah? Mereka semua ternanti-nantikan kami. Macam mana dengan rancangan-rancangan lain yang telah diatur dengan sempurna dengan adikku? Pastinya akan tergendala juga.....Bagaimana dengan anak-anakku? mereka semua sangat gembira bila diberitahu rancangan itu. Mereka dah tak sabar-sabar menanti saat itu. Tiap-tiap hari diulang ayat-ayat yang sama. Namun......Mama kena pasrah dan redha dengan keputusan ini.

Buat mak, abah, adik-adik dan anak-anakku....... mama minta maaf kerana tahun ini memang tak dapat beraya bersama di kampung kerana papa terpaksa bekerja di hari raya. Mungkin tahun depan kita dapat bersama. namun.....itu pun belum pasti. Kita berdoa sahaja lah.....

Buat papa..... mama redha dengan berita yang papa khabarkan. Apa-apa pun mama dan anak-anak akan tetap bersama papa........


2 comments:

NzA said...

alahai kesiannya mama...byk brsabar jelh..nk wat camne. Mmg le sedih cz apa yg dirancang brkubur gitu jerr.....

Roha said...

Huhu....sedih tau. dah plan awal tahun lagi cz tiap2 thn gilir kan, suppose thn ni turn Johor.....Huwaaaa.....

Post a Comment


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com