mummylove-roha.blogspot.com

Jumaat 25 Sept. 2009. Tengahari, mama telah dikhabarkan oleh papa yang sepupunya Udin telah selamat menjadi seorang ayah. Alhamdulillah....mama tumpang gembira. "Tahniahlah ye, Udin n Fatihah". Moga puteri sulungnya ini akan memeriahkan lagi suasana rumahtangga mereka. Amin....


Comelnya baby....geram nak beranak pulok! Hehehe......


Alya sempat lagi berposing ngan baby. Ala.....sayangggg


Amir pun nak jugak.....

Petang, g makan gulai plak kat rumah member hubby. ( Kat kelantan panggil kenduri kawin tu, makan gulai).


"Selamat Pengantin Baru"


Aksi2 kami setelah kenyang makan gulai. Hehehe.....


3 kanak2 riang ribena....

Budak2 kacamata



Raya Ketiga:

Raya ketiga projek kami terjah rumah mak usu n Cik Ilah. X byk nak story. Tengok je la gambo2 ni....


Malamnye pakcik2 Alya ni melayan dorang main bunga api.Yang terlebihnya pakcik2 dorang ni la. Saja umpan budak2, dorang yang nak main sakan sebenarnya.....



Raya Kelima:

Tiba masa untuk kembali ke negeri asal. Ye lah.....cukupla beraya di kampung tahun ini. Tak tahulah bila pulak boleh beraya di sana lagi.....

Bertolak dari Kluang ke Kuala Lumpur.....

Berhenti di R& R Pedas untuk mengisi perut yang lapar. Lauk yang kami masak simple jer. Tapi bila perut dah lapar semuanya sedap.

Aksi2 kami di LCCT sementara menunggu flight kami.....

Mama & anak2 and......Airasia.....Anak2 memang sangat teruja menaiki flight. Tengoklah tu....

Foto galeri Aidilfitri 2009 Dalam kenangan.....


Selamat tinggal Kluang. Insyaalah, ada rezeki kami akan pulang berhari raya di sana lagi..... SAYONARA......




Acara wajib yang memang dilakukan setiap pagi raya sebelum kami pergi berjalan2 ke rumah saudara mara. Acara bersalam- salaman memohon ampun dan maaf dari mak dan abah.




Beginilah suasana di rumah mak apabila menjelang raya. Biasanya Keluarga maklong ( Ibu saudara mama) akan datang serentak ibarat datang dengan sebijik bas. Tengoklah betapa ramainya rakyat maklong. Meriah sungguh. Ibarat datang macam rombongan meminang pulok..... Baju raya sedondon kaler biru tema diorang tahun nih....





Raya kedua:
Beraya di rumah mak ngah. Jumpa atuk. Ni lah satu-satunya atuk mama yang tinggal. Kesian dia dah nyanyuk n mata pun dah kurang nampak. Setiap kali jumpa dia akan menangis.....Syahdu gak waktu tu....


Hehehe..... Hari ini memang merupakan hari yang amat2 gembira buat mama. Bukan satu, tapi dua perkara gembira yang berlaku hari ni.

First, pagi2 lagi kawan2 mama sibuk cl nk bagitau yg kolej mama ada offer untuk degree student
macam kami untuk participate dalam kursus Teaching Methodology. Kursus ni akan diadakan pada bulan Nov di Nilai. Di mana, selepas tamat degree kami nanti tahun depan, kami akan di offer terus untuk jawatan pensyarah. Mula2 mama rasa happy dan konfius jugak. Ye lah ada yang kata gini, ada yang kata gitu. Mama pun terus call papa untuk tanya opinion dia. Papa izinkan. Papa ata ni peluang baik ble kite dapat offer mudah macam ni. Mama pun bincang ngan member2, so akhirnya kami kebanyaannya bersetuju untu menyertai kursus ni. Alhamdulillah.....syukur mama pada Allah kerana mama rasa cita2 mama selama ni hampir tercapai. Dan, ianya datang bergolek di saat hampir menjelang syawal. Mungkin in berkat bulan Ramadhan. Dan mama, biasanya percaya semua ni rezaki daripa Allah untuk anak2 mama dan suami tercinta. Insyaallah tahun depan bulan 9 dapatlah mama menjawat jawatan baru..... Midah midahan......Amin.

Second, Malam tadi papa tetiba bagi mama duit untuk beli gelang baru. Alhamdulillah......... Papa kata ni hadiah Hari RAya. Eiii.....bestnye.... Lepas keje tadi mama trus g kedai emas yang memang terkenal di daerah ni n usha2 mana yang berkenan. Mula2 ada dua yang memang berkenan. Mama pun call papa suruh datang untuk tolong pilihan untuk mama. Akhirnya, papa pun pilihan gealng yg memang betul2 mama suka. Mmmmmm......memang citarasa kami sama.



Cantik sangat gelang ni. TQ papa. Mama sayang lebih papa tahun ni. Lain tahun leh la nak blikan rantai pulak ker. Lagi lebih n lebih n lebih la sayang mama kat papa. Hehehe.........

Sebenarnya ni cite hari Jumaat. Internet ada problem 2-3 hari ni. So, n3 ni terpaksa di tunda ke hari ini. Lega rasanya, hajat di bulan pose ni akhirnya tercapai jua. Hehehe.... Jeng! Jeng! Jeng!.......

Ni lah kisahnya.......Makan, makan, makan.Hai tak sudah2 cite pasal makan. Selagi x habis pose macam2 nafsu makan ni nak yagn bukan2. Memang payah sebenarnya nak booked tempat makan gni. Terpaksa booking seminggu sebelum. PENUH! Alhamdulillah....nasib baik ada lagi free hari jumaat, apalagi mama pun cepat2 booked. Restoren yang kami terjah ni ialah Restoren Chinese Cuisine. Memang sedap la lauk pauk yang kami order. Rase x nyesal pegi. Malas nak cite banyak, jom layan aksi2 kami kat sini.


Masa ni tengah tunggu hidangan sampai. Masing2 muka kelaparan dan tak sabar2 nak bersantap. Hehehe.....sabar yea, pose nih....


Ayu x? Jangan mare yea.....

Papa n amar yang memang notty. Mama suruh senyum, dia wat lebih2 la. ensem x papa? Kontrol macho tuh....

Ni spesel guest kite


Haaa....tu dia lauk kite dah sampai.....



Udang Butter

Ikan siakap steam Ala Nyonya

Sup Rumpai

Guest kite sedang membizi mencedok nasi. Teruskan.....

Kesedapan menguji kesabaran. Jap lagi buka. Menunggu azan berkumandang

Mama lagi......

Luasnya mulut K.Ya....

Amir Pose jugak....! Makan ape tu....

Ala2 model pulak budak dua ni

X sempat nak toleh kiri kanan. Sedap sangat la tu. Teruskan usaha gigihmu.....




Sebelum balik sempat lagi kami berposing kat entrance kedai tu.Jangan x caya, manager tu sendiri yang ngambik gambar kitorang. Dan.. yang paling tak tahan dia kata yang penting nampak nama kedai tu nati boleh masuk dalam intrernet. Macam tau2 jer mama nak masuk at blog ni. Anyway, makan kat sini memang sedap. Jom la try mesti x nyesal. (Ewah! Tolong promote kat manager tu) So, mama bagi lima bintangla. .....


Yahooo...... Dah naik sem baru rupanya mama ni. Pejam celik, pejam celik dah masuk sem 4 skang ni. Lagi dua sem mama bakal graduate. Hari ni adalah hari pendaftaran dan pengambilan modul baru. Mama dah janji dengan kawan2 mama nak jumpa kat sana dalam kul 10 am. Sesampai je kat sana, mak oiiii ramainya umat manusia. masing2 sibuk nk mendftar.


First, mama kene g bayar dulu sebelum dibenarkan ambik modul. (mengikut prosedur dia lah). Untuk sem ni mama kene bayar RM 4745.00. Ketar tagan nak bagi duit kat orang Bank Islam tu. Klu duit banyak2 gini, Macam2 dalam kepala nak bli hik! Sem ni x byk subjek tapi kene wat research yang payah tu. Bz pun ye jugak cz ada posting, maknanya.....xde cuti la utk sem ni. Weekdays keje, weekend kelas n posting. Sabau yea......


Antara siswa sisiwi kecil yg turut hadir mendaftarkan diri. Hehehe....

Jenuh menunggu turn nak amik module. Snap gambo dulu se 'das'


Next sem combine ngan senior2. Mesti best kan cz senior2 mama tu adalah bespren mama kat tempat keje. Mesti gempar kelas kitorang nati. Jumpa lepas raya kelas T1 nati......


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com