Sungguh teruja anak2 ble kata nak balik rumah tok wan and tok abah. Amar lagila tak sabar, dari pagi dah tanye," nak pegi rumah tok abah dah ker?" 2-3 kali tanya dari siang sampai malam. Letih nak jawab. Malam tu lepas berbuka lebih kurang pukul 10malam kami pun memulakan perjalanan ke daerah kampung mama. seperti biasa perjalanan yang mengambil masa 10 jam amat meletihkan. (Padahal bukan mama yang drive. Hehehe....) Konon nak teman papa, asyik terlentok jer. Biasala mama.....
Kami tiba di kampung jam 8 pg. Anak2 so happy jumpa tok wan n tok abahnya. Sume berebut2 nak dukung tok abah termasuklah yang si kecik ni. hei......
Petang, mama n tok wan bertungkus lumus menyiapkan lauk untuk berbuka. Tok wan nampak happy n bersemangat nak memasak ble anak n cucu2 yang jauh ni balik.
Lauk pauk ni mama yg request. Gambo ni diambil lepas berbuka. Tak dan nak snap sebelum tu. Perut dah lapar.....
Lepas buka, semntara tunngu nk ke surau Cik Ayid melayan anak2 buah tengok TV.
Yang dua orang tu buka by botol susu jer....
K.Ya dah lepak seharian puasa. Tahun ni dia try puasa. Alhamdulillah...setakat ni boleh tahan sampai buka. Bagus anak mama...!
Mama n tok wan lepas solat dok gosip macam2 sambil pk nak masak apa sok buka (Plan baik punyer...). Papa, C.Ayid n tok abah ke surau solat tarawikh.
0 comments:
Post a Comment