mummylove-roha.blogspot.com

Alamak...hari ni mama rasa sungguh terharu bila tiba2 student2 mama hadiahkan sebiji cheese cake. Bestnya....macam tau2 jer suka cheese cake. Hehehe.... Anyway, terima kasih banyak2. Buat susah2 je nak bagi kek. "Saya anggap ianya sebagai hadiah hari jadi saya yang akan menjelang tak lama lagi". Celebrate dulu la nampaknya. Tapi mama x nak makan malam ni coz papa on call. Nak celebrate dengan papa skali, tengahari esok papa balik. Mama doakan semua student2 mama berjaya dalm peperiksaan final nanti dan berjaya bergelar seorang JURURAWAT. Good luck for U all....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />

Semalam.... last day budak2 bersekolah. Mulai hr ni, dorang dh start bercuti selama 3 minggu. Kepada sesiapa yang ada kampung dah mulalah bertolak balik ke kampung masing2 dan kepada sesapa yang xde kampung maka berkampunglah di kampung orang lain.Hehehe... Bagi family mama, awal2 tahun lagi mama dah plan nk bw anak2 bercuti pd cuti pertengahan tahun ni. Anak2 mama nampak gembira n tak sabar2 nak ke destinasi yang di rancang.Kepada member sekerja, "terima kasih coz sudi ganti tempat saya, nati bila2 you all cuti saya leh ganti pulak." Kepada mak, abah n saudara mara, doakanlah percutian kami selamat semuanya. Insyaallah.... ada ole2 untuk kalian. Buat anak2 mama, mama harap kalian gembira sepanjang percutian kita nanti.... Wassalam....


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />
Betullah seperti kata orang tua2, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Apa yang ingin mama paparkan di sini adalah kisah benar seperti yang dipetik dari sebuah halaman forum ( Halaqah.net). Melalui cerita dan video yang di paparkan di sini, dapatlah kiranya menimbulkan keinsafasan di hati kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini...

Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah...Ceritanya berlaku di hospital Makkah.Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah....







Itu kisah di Mekah, sebenarnya banyak kisah2 begini yang berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Seperti mama sendiri contohnya, bekerja di hospital banyak menginsafkan kerana apabila kita menerima kes2 yang agak pelik dan bila diselidik2 dapatlah disimpulkan kenapa benda2 ini berlaku kepada mereka2 ini. Janganlah kita hanya menyalahkan takdir tetapi selidiklah diri kita dulu sama ada, pernahkan kita tanpa sengaja atau tidak melalui perbuatan atau bicara kita yang menyebabkan terjadinya perkara ini.
Kepada semua umat manusia, jadikan cerita ini sebagai satu contoh. Jagalah setiap butir bicara kita. Terutama sekali bagi ibu2 yang mengandung kerana setiap ucapan yang dikeluarkan oleh mulut kita merupakan suatu doa. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah seharusnya sedar, bersyukur dan menerima rezeki yang telah Allah berikan kepada kita. Kerana setiap yang yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap yang buruk pula datangnya dari kita.....


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />

Malam tadi, seperti yang dinanti-nantikan akhirnya sampai juga parcel dari C. Da. Budak2 ni actually dah tau apa barang kiriman tu. Jadi, bila dapat jer barang tu, x sabar2 dorang nak bukak n nak tengok sendiri barang kiriman dari C. Danya tu. Jeng...jeng...jeng....Wah....dorang suka benar ble tengok. Trus nak cuba setiap sorang. Pandaila C. Da pilih. Memang cantik2 n padan dgn diorang. Rasanye x sabar kami nak pakai di Langkawi nati. Budak2 ni tiap2 hari duk membilang hari yang dinanti-nantikan tu. Hope holiday kita nati menjadi satu percutian yang best n dapat memberikan suatu kenangan yang terindah sampai bila2.....

Cantik kan swimming suits tu. Pandai C. Da pilih.

**** To Sara.... dah bli ke swimming suit, Sara. Nati kita leh swimming sama2.....See U all at Langkawi....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />


Hari ni, 23 Mei merupakan harijadi mak yang ke 52 tahun. Pagi2 lagi mama dah bukak blog nak update pasal haji jadi mak ni. Ucapan untuk mak "Semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki. Bahagia di samping suami, anak2 dan cucu2 yang kian bertambah."



Birthday kek ni mama belikan untuk mak. Harap mak ske. Tapi nk hantar untuk rasa x boleh ya....

Jambangan bunga ni pulak hadiah hari jadi mak tahun ini.

Kalau abah, mama ada bagi puisi, untuk mak pun mama dah sediakan puisi untuknya. Bacalah, fahami dan hayatilah bait2 puisi ini....


Ibuku manis sekali


selalu menyambut ku dipagi berseri


Hati ku senang perasaan ku tenang


Ibukuku lembut sekali


Mengajarkan ku kebaikan


membuka mata ku


membuka pintu hati


Agar aku menjadi anak yang berbudi..


Pada mu Ibu aku berterima kasih


dalam hati aku berjanji


nasihat mu akan ku turuti


perintah mu akan ku patuhi


Kasih sayang mu adalah semangat buatku


Semoga jadilah aku anak berguna

yang dapat membuat mu bahagia


dan doa ku selalu menyertai mu Ibuku…



Tok Wan bersama cucu kesayangan, K.Ya....


**** Ucapan kami semua dari jauh, mengharapkan kebahagiaan mak di dunia dan akhirat. Amin....


Alamak.... rupa2nya mama terlupa sorang lagi yang hari lahirnya jatuh pada hari ni. Mak mertua mama la... Apa la menantu ni ye. Hehehe.... Buat ibu mertuaku... menantu mu nak ucapkan "selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga di murahkan rezeki n panjang umur......"

Inilah mak mertua mama....Cantik posing tu...



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />



Hampir terlupa pulak mama, hari ni 21 mei adalah hari jadi abah. Padahal dari semalam dah ingat-ingat nak wish hari jadi abah. Nasib baik adik mama call n remind mama pasal ni. Then, trus mama sms kat abah n ucap selamat hari jadi. Jawapan sms yang mama terima menampakkan kegembiraan abah apabila menerima ucapan dari anaknya. Bila dikira-kira rupanya hari jadi abah tahun ini genaplah umurnya 60 tahun. baru mama terpikir, sudah jauh juga perjalanan hidup abah....Di sini mama nak berikan abah sebuah puisi....


Abah...
wajah mu selalu tersenyum meskipun telah mulai menua

Oh Abah,
Tubuh mu yang dulu kuat dan tegap
kini telah mulai kurus dimamah usia

tapi Abah,
semangat mu tidak pernah layu

Abah...Oh...Abah...
anak2 mu ini bangga akan semangatmu
tabah dalam mengharungi liku kehidupan

Abah...
kami rindu dengan semua kenangan kita sewaktu kecil
ayah selalu mengajak anak2mu bermain
ayah selalu melayan kehendak anak2mu
meskipun kekadang satu kepayahan buatmu

Abah...
semua kebahagian telah ayah berikan pada kami
namun sebaliknya kebahagiaan apa yang telah kami persembahkan untukmu, abah?
hanya cinta, sayang dan doa yang bisa kami persembahkan buatmu abah
Dalam hati kecil kami selalu berkata dan berharap
semoga kami bisa membahagiakan abah dan berbakti pada abah...

Abah...
doa kan anak2 mu ini semoga bisa memberikan kebahagian buat abah
baik di dunia dan akhirat..
Aminn..



***** Ucapan dan doa kami nun jauh di perantauan, moga abah bahagia di samping mak, anak2 dan cucu2 yang kian bertambah. Semoga allah panjangkan umur dan murahkan rezeki untuk abah.




Kenangan abah dan mak bersama cucu2nya 2008


























****This song also dedicated to Sara. Hope Sara happy n enjoy....


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />

Semalam pagi2 lagi mama dah sms papa kat hospital suh bli breakfast pagi 2 hala balik keje. Tetiba Alya bangun tido n cadangkan kite g breakfast kat Mc D. Mama malas nak cite byk suruh dia call sendiri papa n ajak g sana. Yalah, kalau anak minta papa sure tak sampai hati nak tolak. Memang betul, Bila alya call dia then trus kata OK n suruh kita siap2. Suke bebudak nih...

Papa sampai jer, kitorang sume dah siap n papa trus henjut Perdana dia ke Mc D KB Mall.


K.Ya yang ceria....

Amir pun ceria... Nyanyi2 tuh....

Oooo...Yummy...

Tak ketinggalan mama juger....

Klu makan x ingat dah kiri kanan....

"Abang Amar aparrr...." Ha...makan tu....

Papa n Amir....like father like son...

Sudah makan, kami g window2 n lepas tu balik.....



Bak kata orang, "sejuk perut ibu mengandung". Itulah.... nak cite pasal anak-anakku yang telah berjaya dalam hidup masing-masing.



Anak sulungku.... Alya baru tamat pengajian Dalam bidang Perubatan (mengikut jejak papa). Pose ni di ambil ketika hari kovokesyen ke 50 di Yok Eng University of Golden Sand City.



Amar dah jadi superhero seperti yang diidamkan dari kecik lagi. Menyelamatkan dunia dari ancaman raksasa. Hahaha..... Akulah SuperAmar......


Amir dah buka kedai alatan muzik hasil daripada collection papanya. Usahawan berjaya dia tahun ni....


Hari ini...12 Mei merupakan hari meraikan misi-misi sedunia. Mama salah seorang daripada yang beribu tu. Kalau di kenang kembali, profession ni x pernah menjadi cita2 mase kecik lagi. X pernah terfikir pun. Semua ni adalah hasil usaha mak.

Dulu...masa lepas SPM sume orang bz isi borang nak masuk U. Mama pun sibuk2 gak. Minta sana-sini la tapi course ntah apa2 ntah coz x tau lagi nak jadi ape lepas ni. Mak pun belek2 paper then satu hari 2 ada iklan jururawat ni kat paper. Mak pun cdangkan la minta misi ni. Mama pun try. Selang beberapa bulan dapat panggilan interview kat KL untuk misi ni la. Mama pun pergi satu family, ya la orang x pernah g interview. X tau apa soalan nati dia nak tanye. soalan biasa2 je, tnye naper nak jadi misi? n apa2 lagi la yang biasa2. Then sorang lagi speaking London ngan mama. Bereh 2. BI power! Belasah je la. Kuar dari bilik interview trus kata lulus n isi borang untuk jadi student nurse. Alamak....ingat trus keje rupa2nya kene blajar la plak....Nak x nak isi jugak la coz mak n abah dah cucuk2 kan. "Ok! ok! mak."

Maka bulan Julai 1997, rasminya jadi student misi. Aduh, minggu orientasi memang sengsara, maklumla orang x pernah berpisah ngan family pastu duk jauh plak. Senior Lady...mak aiiii....garang tuuu....tiap2 hari kene marah....ragging la....mama pulak tiap2 hari nangis...buat salah, x buat pun salah. Diorang ni pesen mulut speaker pastu jerit kat tepi telinga. Hai...nk pecah gegendang telinga. Habis minggu orientasi....lega. Start la kelas n posting until 2000. Alhamdulillah....mama pass semua exam n x pernah kene repeat or extend semester. Seronok juga.... bila kita dah start blaja macam2 la tentang medikal ni.


Diploma 97/2000

Konvokesyen 2000


Mak, abah n suami di hari konvokesyen


Julai 2000, tahun pertama kerja. X dapat raya you. ye la...junior kan. Bagi senior yang cuti. Sama2 nangis ngan roomate x dapat raya tahun tu. Huwaaaaa..... 5 tahun la keje kat KL n sempat gak further study then balik Kelantan follow hubby. Isteri mithali.....


Member2 department

Dec 2005, keje pulak di Kelantan. Amat berbeza budaya kat sini. Susah la nak cerita. Kalau tanye sape2 misi yang pernah berhijrah ke sana sini, cerita dan pendapat diorang mesti sama....

Sekarang, mama dah jadi lecturer tapi masih di bidang yang sama. ada banyak perbezaan masa kerja dan mengajar. Rasa seronok pulak bila mengajar yang pada mulanya memang x minat coz macam x de tokoh nak mengajar. Tapi sekarang ni lah position mama n mama rasa sgt selesa.
Member2 seperjuangan yang sporting n sangat best, mempunyai kepakaran dalam bidang masing2




My students

Bila dikenang dan d pikir2, sesuatu yang kita tak cuba kita x tahu hasilnya. Dan sekarang..... benda yang mama x minat, mama cuba hasil dorongan mak n abah, akhirnya.....membuahkan hasil yang lumayan dan membanggakan.....Betul kata orang memang susah untuk menjadi senang, bila dah senang kita pasti akan senyum bila dengan usaha kita selama ni...


Buat semua misi-misi "HAPPY NURSES DAY 2009".......


10 Mei.....seperti yang umum tahu, tiap2 tahun hari ini akan menjelma. "Hari Ibu". Dan seperti biasa juga, mama akan menerima bertimbun2 sms ucapan Hari Ibu dari kawan2mama serata tempat. Tak ketinggalan juga mama sendiri pagi2 lagi dah send sms kat my mom nk ucap hari Ibu ni. Balasan sms yang mama terima agak mengharukan bila mak kata " rasa sejuk bila terima ucapan Hari Ibu dari anak2 pagi hari ni". Hmmmm.....kira mama ni anak yang baik la.... Hehehe....

Sebagai seorang anak, mama sendiri nak ucapkan terima kasih pada mak yang dah lahirkan, besarkan mama dari kecik sampai besar panjang ni. Kena pukul ke, kene cubit ke.... dulu merajuk gak bile diperlakukan gitu. Tapi sekarang bila dah besar baru terpikir apa yang mak buat tu yang jadikan anak mak ni berjaya sekarang. TERIMA KASIH,MAK!


Seorang lagi ibu yang mama nk wish ialah mak mertua mama. Sebab dialah mama leh kawin ngan anaknye yang manja sangat tu."Terima kasih mama, bagi kawin ngan anak mama."


Yang terharunya .....anak mama sendiri ucap hari ibu untuk mamanya. Pandai kan.... Rupanya sekarang mama sendiri dah menyandang gelaran tu. Dah rasa semua pahit jerih melahirkan, membesarkan anak2 seperti yang dilalui oleh mak-mak sedunia.



Buat semua mak-mak n ibu-ibu sedunia " SELAMAT HARI IBU, MOGA KITA DAPAT DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH, DIBERKATI DI DUNIA DAN AKHIRAT....AMIN"



Dah bertahun-tahun lamanya mama idamkan duduk di rumah sendiri. Yalah selama ni kami tinggal di rumah keluarga. pujuk punye pujuk papa tersayang..... akhirnya hasil perbincangan dan kesepakatan mama n papa yang makan beberapa tahun ni, Alhamdulillah....terhasillah ciptaan rumah idaman yang kami impikan selama ini.
Thanks to kak Sah (member kat kolej) coz dia yang bagi cadangan untuk wat plan ni n tolong proposed kat kawan dia ( memang seorang kontraktor yang terror katanya). Hope, apa yang dia kata 2 betul n rumah idaman akan jadi realiti.


Tapak tanah dari pandangan hadapan

Tapak tanah dari pandangan sisi



Amacam.... Cantik x? Ni pun lum betul2 menepati kehendak kami coz masih lagi nak kene touch up sana sini bagi lebih cun lagi. Thanks papa! Harapan mama bila design ni dah dimodified skit lagi n kita sama2 puas hati, dapatlah kita tinggal di villa kita tu nanti. tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri. Barulah mama rasa lengkap hidup mama ni disamping suami n anak2 tercinta.....








Terlanjur Cinta - Rossa feat Pasha

Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta

***Cuba bezakan antara dua video di atas. Yang mane lagi best????
1 May 2009. Suppose cuti hari pekerja. Tapi mama... kene exam OSCE lak hari ni. Apsal la dorang buat exam hari ni? Dorang xnak cuti ker??? Dalam kemalasan Mama pegi jugak coz nak pass exam ni. Xpe la sacrificed skit. Ni exam last dah ni untuk semester ni. Hari 2 kebetulan papa on call pulak tapi nasib baik Cik Fatin ada so, dia la yang mengasuh budak2 kat rumah. Sebelum mama pegi mama dah tinggalkan pesan, yang mana mama akan balik lebih kurang pukul 5 pm. make sure korang siap2 la nati mama balik kite g main kat playground.

Alhamdulillah... selesai juga Osce mama petang 2 and luckynya sume stesyen yang kuar mama boleh buat dengan jayanya. Biasa la...orang terror. Hehehe... Sampai je mama kat rumah tanpa mematikan enjin kereta trus angkut dorang ke playground. Bukan apa takut nati dah ramai orang.


Amir..orang x naik gelongsor ikut situ...

Cik Fatin pun nak enterprem. Terkenang zaman kanak2



Pose menarik dari Amar

Alya...Tarzan Malaya

Amar lagi.....


Alya ni kalau bab posing bagi kat dia

last pose sebelum balik. Menung jauh nampak Amir...

Balik petang 2, layan KFC pulak. "Mama, lain kali kite pegi lagi ea." "Ok sayang...."


Dah lama rasanye kami sekeluarga x pergi berkelah. So, satu petang tu mama jeck papa ajak makan angin kat tepi pantai. Papa setuju. Budak2 apa lagi......horeyyyy! trus g amik baju2 mandi dorang n pack dalam beg power rangers Amar. Hai budak2 ni, pasal jalan suka ajer...
Sampai jer, dorang trus menuju ke pantai. Mama pun suruh pap g pantau bebudak 2. mama nk duk bawah pokok dulu sambil menikmati angin yang sepoi2 bahasa kat cni. Hehehe....


Muka2 ceria nk ke pantai. Ayah su pun nk enterprem....

papa layan la anak2 tu...dorang rindu nak main ngan papa....


Dorang dah x kira penat dah. masih bersemangat nak mandi manda. mama dah x larat, ajak papa balik. Xpe lain kali kita pegi lagi. Mmm...Yang pastinya mama happy sangat hari ni. Hilang sume kepenatan, kesedihan, kebengangan yang menyerabut kat kepala ni bile tengok pantai yang luas n kegembiraan terpancar di muka anak2..... Mama sayang semua...


Pasu2 ni bli kat kedai bali yang ada kat cni. Mmg sajer bli couple biar nmpak cantik duk kat meja konsul 2. Alkisahnye.... datang budak ni....pranggg.... adusss, pecah dah pasu mama. Dengan pantasnya akibat tindakan refleks, dua das mama bgi kat punggungnye. Nangis x berlagu la dia.
Mama sayang sangat kat pasu ni. tapi nak buat camner, dah pecah. Bila la boleh bli yang baru.... Uhuk! Uhuk!

Dulu....berdua...



Sekarang.....solo....

dah pecah...

Ini pelakunye... hehehe....

Newer Posts Older Posts Home


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com