Dah seminggu lebih aku bertahan dengan keadaan air yang keluar macam @#$%^&!*. Aku memang pannnntangggg skali kalau air takde. Apa taknye, takde air sume kerja xleh buat. Malam tadi lagi la giler..... air tak keluar langsung sampai pagi. Nasib baik ada dalam setengah tong aku tadah semalam untuk anak aku n papanya mandi pagi tadi untuk pergi sekolah n kerja. Aku pulak nasib baik la hari ni aku cuti, kalau tak mau aku meroyan tak tentu hala. Actually, problem ni memang dah lama kat daerah aku ni. Tak tau la apa yang diorang nak buat. Kejap korek sana, kejap korek sini then korek balik tempat yang dah korek tu. Apa nih!!!! Menyusahkan orang ada la. Kononnya macam nak me'repair' tapi apa benda yang diorang repair pun tak tau. Dengar2 cite repair punye repair sampai benda lain pulak rosak. Pastu buat bodo jer.... Hai....tak tau la apa nak jadi ni. Mulut aku ni tiap2 hari menyumpah seranah berbakul2 sampai laki aku pun buat pekak jer coz malas nak layan bebelan aku tu. Aku....Lagi panjang la menyumpah. Yang aku pelik, macamana syarikat air tu boleh dapat pengiktirafan ISO. Celah mana yang 'excelent'nya. Pengguna macam aku ni sangat2 tak puas hati. Air selalu takde. Kuar kecik macam @#$%^^&* tu pun kira nasib baik. Pernah sekali tahun lepas, air keluar dah la kecik pastu keruh pulak. Nak guna untuk mandi pun geli apatah lagi nak buat minum. Uwekkk! Nak tak nak tawakal je la..... Pernah aku terbaca komplen ni kuar kat suratkhabar, orang tu minta syarikat berkenaan selesaikan masalah air ni supaya pengguna berpuashati. Ada ke patut dia suruhnya pengguna yang cari solution dengan menggunakan air 'Booring' ( tak tau betul ke tak eja) air yang dikorek dari tanah dengan menggunakan mesin, kira air telaga moden la tu. Dah la nak pasang benda tu beribu ringgit, klu syarikat tu nak sponsor ok gak. Ni pasang sendiri. Banyak duit @#$%^&*. Aku berdoa la banyak2 supaya suatu hari nanti "kemarau" ni akan berakhir.....
Ha.....Puas hati aku......
0 comments:
Post a Comment