Orang kata senyum tu pengubat kedukaan. Senyum juga boleh buat orang yang sakit jadi lebih sihat. Tapi, senyum ni ada macam-macam jenis dan kalau ia ikhlas dapatlah pahala tapi kalau ia dibuat2............ let's check it out jenis2 senyuman yang ada ni......
1. Senyum manis-akan wujud hubungan yang baik sesama insan.
2. Senyum simpul-orang kata senyum ni senyum kumbang dpt bunga… hehehe…malu tapi mahu..
3. senyum sinis-lebih kurang macam mengejek la… atau ketawa tak ikhlas…
4. Senyum kambing-orang yang suka senyum macam kambing ni kan dia akan sentiasa tersenyum lebar walau dalam ape jua keadaan…
5. Senyum buaya- Ini senyuman yang mmg bahaya sungguh. Membawa berbagai makna… hati2 dengan seyuman ni kerana senyuman ni selalunya diberikan oleh buaya darat….
6. Senyum murah-akan terpancar seri muka. Orang yang murah dengan senyuman adalah orang yang memeang ikhlas nak senyum.
Bila kita dah tahu jenis2 senyuman ni, harap kita akan dapat mentafsirkan senyuman yang diberikan oleh orang kepada kita. Adakah ianya iklahs atau "senyum ada makna tu......" Hehehe.....Fikirkanlah yea.....
0 comments:
Post a Comment