mummylove-roha.blogspot.com
Betullah seperti kata orang tua2, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Apa yang ingin mama paparkan di sini adalah kisah benar seperti yang dipetik dari sebuah halaman forum ( Halaqah.net). Melalui cerita dan video yang di paparkan di sini, dapatlah kiranya menimbulkan keinsafasan di hati kita sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini...

Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah...Ceritanya berlaku di hospital Makkah.Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah....







Itu kisah di Mekah, sebenarnya banyak kisah2 begini yang berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Seperti mama sendiri contohnya, bekerja di hospital banyak menginsafkan kerana apabila kita menerima kes2 yang agak pelik dan bila diselidik2 dapatlah disimpulkan kenapa benda2 ini berlaku kepada mereka2 ini. Janganlah kita hanya menyalahkan takdir tetapi selidiklah diri kita dulu sama ada, pernahkan kita tanpa sengaja atau tidak melalui perbuatan atau bicara kita yang menyebabkan terjadinya perkara ini.
Kepada semua umat manusia, jadikan cerita ini sebagai satu contoh. Jagalah setiap butir bicara kita. Terutama sekali bagi ibu2 yang mengandung kerana setiap ucapan yang dikeluarkan oleh mulut kita merupakan suatu doa. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah seharusnya sedar, bersyukur dan menerima rezeki yang telah Allah berikan kepada kita. Kerana setiap yang yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap yang buruk pula datangnya dari kita.....


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />

1 comments:

** Perfect Love ** said...

semua yg berlaku ada hikmahnya. tuhan maha kuasa. TQ ustazah Rohaita ..

Post a Comment


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com