mummylove-roha.blogspot.com


Acara wajib yang memang dilakukan setiap pagi raya sebelum kami pergi berjalan2 ke rumah saudara mara. Acara bersalam- salaman memohon ampun dan maaf dari mak dan abah.




Beginilah suasana di rumah mak apabila menjelang raya. Biasanya Keluarga maklong ( Ibu saudara mama) akan datang serentak ibarat datang dengan sebijik bas. Tengoklah betapa ramainya rakyat maklong. Meriah sungguh. Ibarat datang macam rombongan meminang pulok..... Baju raya sedondon kaler biru tema diorang tahun nih....





Raya kedua:
Beraya di rumah mak ngah. Jumpa atuk. Ni lah satu-satunya atuk mama yang tinggal. Kesian dia dah nyanyuk n mata pun dah kurang nampak. Setiap kali jumpa dia akan menangis.....Syahdu gak waktu tu....


Hehehe..... Hari ini memang merupakan hari yang amat2 gembira buat mama. Bukan satu, tapi dua perkara gembira yang berlaku hari ni.

First, pagi2 lagi kawan2 mama sibuk cl nk bagitau yg kolej mama ada offer untuk degree student
macam kami untuk participate dalam kursus Teaching Methodology. Kursus ni akan diadakan pada bulan Nov di Nilai. Di mana, selepas tamat degree kami nanti tahun depan, kami akan di offer terus untuk jawatan pensyarah. Mula2 mama rasa happy dan konfius jugak. Ye lah ada yang kata gini, ada yang kata gitu. Mama pun terus call papa untuk tanya opinion dia. Papa izinkan. Papa ata ni peluang baik ble kite dapat offer mudah macam ni. Mama pun bincang ngan member2, so akhirnya kami kebanyaannya bersetuju untu menyertai kursus ni. Alhamdulillah.....syukur mama pada Allah kerana mama rasa cita2 mama selama ni hampir tercapai. Dan, ianya datang bergolek di saat hampir menjelang syawal. Mungkin in berkat bulan Ramadhan. Dan mama, biasanya percaya semua ni rezaki daripa Allah untuk anak2 mama dan suami tercinta. Insyaallah tahun depan bulan 9 dapatlah mama menjawat jawatan baru..... Midah midahan......Amin.

Second, Malam tadi papa tetiba bagi mama duit untuk beli gelang baru. Alhamdulillah......... Papa kata ni hadiah Hari RAya. Eiii.....bestnye.... Lepas keje tadi mama trus g kedai emas yang memang terkenal di daerah ni n usha2 mana yang berkenan. Mula2 ada dua yang memang berkenan. Mama pun call papa suruh datang untuk tolong pilihan untuk mama. Akhirnya, papa pun pilihan gealng yg memang betul2 mama suka. Mmmmmm......memang citarasa kami sama.



Cantik sangat gelang ni. TQ papa. Mama sayang lebih papa tahun ni. Lain tahun leh la nak blikan rantai pulak ker. Lagi lebih n lebih n lebih la sayang mama kat papa. Hehehe.........

Sebenarnya ni cite hari Jumaat. Internet ada problem 2-3 hari ni. So, n3 ni terpaksa di tunda ke hari ini. Lega rasanya, hajat di bulan pose ni akhirnya tercapai jua. Hehehe.... Jeng! Jeng! Jeng!.......

Ni lah kisahnya.......Makan, makan, makan.Hai tak sudah2 cite pasal makan. Selagi x habis pose macam2 nafsu makan ni nak yagn bukan2. Memang payah sebenarnya nak booked tempat makan gni. Terpaksa booking seminggu sebelum. PENUH! Alhamdulillah....nasib baik ada lagi free hari jumaat, apalagi mama pun cepat2 booked. Restoren yang kami terjah ni ialah Restoren Chinese Cuisine. Memang sedap la lauk pauk yang kami order. Rase x nyesal pegi. Malas nak cite banyak, jom layan aksi2 kami kat sini.


Masa ni tengah tunggu hidangan sampai. Masing2 muka kelaparan dan tak sabar2 nak bersantap. Hehehe.....sabar yea, pose nih....


Ayu x? Jangan mare yea.....

Papa n amar yang memang notty. Mama suruh senyum, dia wat lebih2 la. ensem x papa? Kontrol macho tuh....

Ni spesel guest kite


Haaa....tu dia lauk kite dah sampai.....



Udang Butter

Ikan siakap steam Ala Nyonya

Sup Rumpai

Guest kite sedang membizi mencedok nasi. Teruskan.....

Kesedapan menguji kesabaran. Jap lagi buka. Menunggu azan berkumandang

Mama lagi......

Luasnya mulut K.Ya....

Amir Pose jugak....! Makan ape tu....

Ala2 model pulak budak dua ni

X sempat nak toleh kiri kanan. Sedap sangat la tu. Teruskan usaha gigihmu.....




Sebelum balik sempat lagi kami berposing kat entrance kedai tu.Jangan x caya, manager tu sendiri yang ngambik gambar kitorang. Dan.. yang paling tak tahan dia kata yang penting nampak nama kedai tu nati boleh masuk dalam intrernet. Macam tau2 jer mama nak masuk at blog ni. Anyway, makan kat sini memang sedap. Jom la try mesti x nyesal. (Ewah! Tolong promote kat manager tu) So, mama bagi lima bintangla. .....


Yahooo...... Dah naik sem baru rupanya mama ni. Pejam celik, pejam celik dah masuk sem 4 skang ni. Lagi dua sem mama bakal graduate. Hari ni adalah hari pendaftaran dan pengambilan modul baru. Mama dah janji dengan kawan2 mama nak jumpa kat sana dalam kul 10 am. Sesampai je kat sana, mak oiiii ramainya umat manusia. masing2 sibuk nk mendftar.


First, mama kene g bayar dulu sebelum dibenarkan ambik modul. (mengikut prosedur dia lah). Untuk sem ni mama kene bayar RM 4745.00. Ketar tagan nak bagi duit kat orang Bank Islam tu. Klu duit banyak2 gini, Macam2 dalam kepala nak bli hik! Sem ni x byk subjek tapi kene wat research yang payah tu. Bz pun ye jugak cz ada posting, maknanya.....xde cuti la utk sem ni. Weekdays keje, weekend kelas n posting. Sabau yea......


Antara siswa sisiwi kecil yg turut hadir mendaftarkan diri. Hehehe....

Jenuh menunggu turn nak amik module. Snap gambo dulu se 'das'


Next sem combine ngan senior2. Mesti best kan cz senior2 mama tu adalah bespren mama kat tempat keje. Mesti gempar kelas kitorang nati. Jumpa lepas raya kelas T1 nati......
Hahaha..... Program buka puasa hari ini adalah berbuka di luar. Bukan apa, hari ini teramatlah tension cz satu hari air x keluar. Tensen! tensen! So, jalan mudahnya lebih baik buka di luar, cz mama dah letih dan berpanas tengahari tu membasuh pinggan mangkuk di bawah terik matahari. Memang menguji kesabaran betul pose2 nih!


Lepas Asar, kami bertolak ke KB. Bukan apa, nak mengelak jam.....
Bebudak memang suka amat ble kata nak buka kat luar. K.Ya especially, macam2 request makanan untuk berbuka. Rambang mata n ikutkan perut dia yang kelaparan tu.... Hai, papa serios memandu? Bagus! Bagus! Bagus!


Ha.... tengok tu...baru keluar rumah, dalam bandar ni dah banyak kete. Lum cite yang kat KB lagi. Leceh tul nak tempuh jam gini. Memang tak suka. Sakit hati pun ada.


Sampai kat jalan highway hujan pulak..... Tapi yang seronok nya leh tgk pelangi. Lama tak tengok pelangi. Sempat juga teringat orang tua2 kata jangan tunjuk2 pelangi nati jari kudung. kat situ ada naga. Hehehe..... Cite dongeng tu. Actually gambar ni nak rakam pelangi, tapi x nampak. Try la tenung lama2 kot kot nampak.








Dah sampai destinasi kami KB Mall lebih kurang kul 6.10pm. nasib baik sempat lagi nak booked table. Tempat tujuan kami is " The Chicken Rice Shop". Kitorang order menu biasa walaupun budak kedai tu offer menu untuk ramadhan. Siap booked, kami pun g window2 jap sementara tunggu waktu berbuka.


K.Ya cam biasa ble nampak kedai makan yang banyak2 tu, dia mula kelabu mata nak tu nak ni. Mama pun ikutkan jer. Tapi ada jugak yang mama bolayan, buakn apa dah melampau2 lak requestnye, nati bukan makan, saja nak jamu mata. Mama tak suka membazir.


Pose K. Ya n tok janggutnye. Saje la tu nak bodek. Nak bli Prawn stix tu. Mama pun layan kan la jugak cz mama pun teringin. Hik!






Antara menu pilihan berbuka puasa kami. Yummy...! Sedap.......


Nata D Coco pilihan K.Ya.


Amar macam biasa dah buka pose dulu. Dia kata dia sangat2 lapar. Jangan silap ye...mama bukan nak makan, mama duk suap anakanda mama yang sorang lagi.



Ni dia budaknya. Dia ni memang spesis kuat makan. banyak betul dia makan mama suap tu. Lepas tu sambung plak prawn stix 2 ketul. Ish! Ish! Ish! Xpe mkan kenyang2 nati mama nak buka jangan kacau ye sayang....

Mama n anak kesayangan mama ni.... Amar. Dia dah 'pau' mama jam Ben 10 tadi masa window2. Memang pantang sungguh klu x bli benda2 kat dia.


Await muka kerut camtu?? X sedap ker?


K.Ya dengan Pose yang menarik


Makan dengan berseleranya nampak? Kalah orang yang pose....

Pose akhir sebelum balik. Sempat lagi mintak nak bli aiskrim. Anak2 mama yang comel. Sayang sume......


Hari ni mama keje pagi cam biasa. Kul 2, balik keje terus ke pasar ngan K.Ya untuk bli lauk pauk untuk di masak buat juadah berbuka hari ni. Actually, plan asal nak bli jer lauk express kat pasar ramadhan, tapi tetiba jer rasa nak makan asam pedas. Nyum! Nyum! Selesai menyopping, trus balik amik dua orang putera mama kat rumah pengasuh diorang.
Lepas bersolat, mama pun start beroperasi kat dapur. Dan hasilnyer.....


Tu dia......Asam pedas ikan tenggiri, kangkong goreng belacan, ikan goreng n tempe goreng( yg tu memang wajib!) Kuih akok n onde2 tu bli kat pasar ( K.Ya pnye feveret. Tiap2 hari onde2. Ikutkan je la...budak2 br blaja pose)
Selesai operasi, Then, mama pun siap2 la ngan anak2 skali cz kami nak berbuka pose kat tempat lain. Kat mane tu....


Ha...ni la bilik on call papa. Actually hari ni papa on call. Mama rasa x sampai hati n rasa x best lak buka sorang2 kat rumah tanpa papa. Jadi, mama pun mengangkut la juadah yang mama dah siapkan ke mari. Tengok tu anak2 mama, menghuru harakan bilik papa. Biasala dorang ni kan. Notty sangat. X larat dah nak larang. Sukahati korang la......


K.Ya plak seperti biasa sibuk dengan aktiviti tulis menulis n conteng menconteng. Amar macam biasa jadi 'mat kacau' la....Lepas tu mula lah terjerit2 si kakak marahkan amar ni.


Ni orang pertama yang berbuka. Belum pukul 7 lagi dah sibuk lapar.....


Mana papa ni? mama dah siap hidang, papa x habis lagi tgk patient. K. Ya tu posing sakan kat situ. ( ala2 duta gitu!) .....memang suke posing budak ni.


Mama yang setia menunggu papa.....

pose akhir sebelum balik. Papa n anak2 kesayanganya. Babai papa....selamat bersahur..... jumpa lagi esok yea....





Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com