Day 1:
Rasa tak sabar nak menjejakkan kaki di bumi Langkawi. Apa taknya plan yang berbulan2 ni dah nak mula kami lalui. Pejalanan yang mengambil masa hampir 9 jam, amat memenatkan. Walaupun mama bukan jadi driver, mama kena jugak berjaga coz kena jadi pemandu jalan untuk papa. Yelah, kitorang x biasa ke sebelah utara ni. Area lain memang teror. Pagi tu, sampai saja di Kuala Kedah, park kete kat tempat selamat then terus gi ke Jeti utk bli tiket. Nasib kami baik coz tak ramai orang masa tu n nasib baik juga tak sampai 10 minit feri kami akan bertolak ke Langkawi. Perjalanan ke Pulau Langkawi yang mengambil masa 1 jam 45 minit membuatkan kami semua tertidur keletihan sambil dibuai-buai dek arus ombak laut yang memukul feri kami. Zzzzzz......

Dalam feri ke Langkawi

Amir n papa
Sesampai kami di jeti Langkawi, kami terus dapatkan shuttle Avanza kami n menuju ke airport untuk fetch family adik yang akan tiba dalam pukul 11 am. Sementara menunggu mereka tiba, perut pun dah minta diisi, so tempat dituju ialah Kenny Rogers ( tu je kedai makan yang kami nampak ada kat situ). Lagipun kami tak nak terlewat fetch diorang nanti.
Menuggu hidangan tiba. Lapar...lapar....
Setibanya mereka, kami terus menuju ke penginapan di AB Motel, di Pantai Chenang untuk check in bilik masing2, rehat2 sekejap sebelum memulakan aktiviti pertama kami... mandi laut.... Antara aksi2 di laut....
Buat Istana Pasir ke?
Alya dan ombak kecil

Amar pandai berenang ke?

Amir merenung ombak yang datang

Mama, anak2, Cik Da n Sara
Malam....kalau mengikut schedule kami, dinner kami malam tu di Wan Thai Restaurant di Pekan Kuah. Makan malam ni ditaja oleh mama.

Restoren yang sohor di Langkawi
Menunggu makan malam
Minum air kosong dulu la...

Antara menu kami malam ni. Memang sedap masakan di restoren ni
Day 2:
Hari ni, bermulalah aktiviti2 round the Langkawi. Tempat2 yang kami nak pergi hari ni, Naik Cable Car, Mini zoo, Lunch di Hj Ramli Restoren, Underwater world n The Zone.
1) LANGKAWI CABLE CAR
Pintu masuk ke Cable Car
Pemandangan dari dalam Cable Car
Mama takut dalam Cable Car ni.... Papa tu kontrol macho jer....

Check point pertama Cable car
Cantik kan pemandangan di atas ni...
Ketinggian 700 meter dari aras laut. Tinggi kan...
Pemandangan yang indah dari atas
Muka Cik Da yang ketakutan. Hehehe....
Turun dari Cable Car, kami menuju ke mini zoo yang bersebelahannya. Tak banyak binatang kat sini tapi ada aktiviti menarik yang dilakukan di sini.
2) MINI ZOO

Bagi feeding kat rusa. seronok tgk anak2 mama buat. Mama takut dia gigit jer
Amar pun tak ketinggalan
Amir tak takut ker?
"Amir nak bagi jugak..."
Papa pun joint skali
Feeding rabbit pulak

"Amir suka feeding rabbit"

Amar kat bawah sangkar pun sanggup dia redah
3) UNDERWATER WORLD
Baru masuk Underwater World
Nampak si Parrot tu...?
Kolam si tortoise

Pertunjukan aksi Seal

Sejuknya...di Gunung Fiji!

Pose menarik dalam aquarium

Nak tengok wayang 3D nih....

Macam party dalam air pulak
Terkenang zaman berdua dolu...
4) Persegaran
Pakej makan untuk hari ini ditaja sepenuhnya oleh Cik Da. Thanks Cik Da. Makan malam kami adalah yang terbest skali iaitu di Restoran Nelayan. Kedai nampak simple jer. Tapi, sedap.... Boleh pilih ikan n makanan laut lain kat belakang kedai 2. Fresh! Masa tengah sedap makan tu, tetiba terpandang plage Jalan-jalan cari makan. Dorang dah sampai sini rupanya. Patutla sedap....

Lauk pauk yang telah licin. Memang sedap kan....

Tengok dua orang suami tu. Makan dengan berselera nya....
src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />