mummylove-roha.blogspot.com

Pagi tadi, mama ada menerima sms dari papa. Mama rasa sangat sedih bila baca sms tu. Apa tidaknya, rancangan yang telah dibuat tahun ini tak dapat menjadi kenyataan. Macam mana mama nak bagitau mak dan abah? Mereka semua ternanti-nantikan kami. Macam mana dengan rancangan-rancangan lain yang telah diatur dengan sempurna dengan adikku? Pastinya akan tergendala juga.....Bagaimana dengan anak-anakku? mereka semua sangat gembira bila diberitahu rancangan itu. Mereka dah tak sabar-sabar menanti saat itu. Tiap-tiap hari diulang ayat-ayat yang sama. Namun......Mama kena pasrah dan redha dengan keputusan ini.

Buat mak, abah, adik-adik dan anak-anakku....... mama minta maaf kerana tahun ini memang tak dapat beraya bersama di kampung kerana papa terpaksa bekerja di hari raya. Mungkin tahun depan kita dapat bersama. namun.....itu pun belum pasti. Kita berdoa sahaja lah.....

Buat papa..... mama redha dengan berita yang papa khabarkan. Apa-apa pun mama dan anak-anak akan tetap bersama papa........




Semalam, kami beramai ramai berbuka puasa di rumah tok mama. Keluarga Ibu dan anak2nya dari muar pun ada. sambil kami menyiap2kan juadah berbuka puasa, mama telah dikejutkan dengan pemberian yang sangat cantik. Kata ibu benda ni datangnya dari Sabah. Ibu bli sewaktu menghadiri kursu baru-baru ini di sana. Happy sangat bli dapat benda ni. Kebetulan pula baju ayng ama pakai berwarmn biru dan amat padan dengan pemberian ibu itu. " Thanks ,Ibu. Bolehla berjangok raya ni".

Cantik kan gelang krystal ni. Bolehla nak pakia raya. Yiehaaa....





Kalu orang tanye benda apa yang paling sakit kat dunia ni pada mama ada dua ;

1) Sakit bersalin ( sakit sakit pun dah 3 nih!)

2) Sakit gigi

Sebenarnya skang ni mama tengah sengsara menanggung sakit gigi (naik gigi bungso orang kata). Aduh...memangla sakit.nak pulak kene di bulan RAMADHAN. Allah...Dugaan sungguh beb....kalau korang tak pernah rasa sakit gigi ni jgn pandang remeh. Memanggggg..... sakit giler. Tak tau nak cakap camner. Sakitnye bukan setakat kat gigi, kat gusi, kat mata, kat kepala kat leher n boleh dikatakan sume tempat yang berdekatan dengan gigi. Actually benda ni start mase mama nak on d way balik ke kelantan setelah 4 hari di sana. Dalam perjalanan tu tuhan je tau betapa sakitnya gigi ni. Nak merengek2 sakit gigi dalam kete takut papa marah. Ye lah, dia tak ske nak dengar mama nerengek2. So, merengek dalam hati je la.....Sampai je kat kelantan, mama minta papa singgah klinik nk bli pain killer at least untuk bertahan sampai sok pagi.

Kat rumah, mama terus telan ubat, masih lagi Nyut! Nyut! Hei..... ble nak kurang ni. Sakit sangat dah ni. Sabar ye... sabar....Sambil kemas2 nak lupakan sakit tu. Siap tu... mama trus tido.

Sok pagi dalam kul sploh, mama gerak ke klinik gigi dengan harapan nak cabut gigi n cepat2 la hilang skit. malangnya ble doctor cek dia kata gusi bengkak n mama x leh buka mulut besar, so dia bg ubat dulu n suh dtg kemudian baru leh cabut. Alamak...! nak tanggung sakit lagi ni. Tak
atahan dah ni. Tak pe la try dulu ubt ni camne then klu x tahan jugak mama nak g klinik lain nak cabut jugak. TOLONG.....!!!! Cepat cepat la derita ni berakhir......

Pipi mama yang bengkak sebelah kiri tu. Papa kata comel gak....... ( Pandai ler....)




Bersahur pagi tu, makan lauk yang sama la. Tak kuasa nak masak memasak pepagi buta ni. Bangun n warm up makanan semalam n makan apa yang ada. Lagipun pagi2 nak makan agak kurang berselera. so, apa yang terhidang itu yang dimakan.



Sesambil menunggu solat subuh, duk bual2 ngan tok wan lagi ( tak habis2 gosip. Hie....) Ya lah lama tak jumpa. Macam2 nak cite. Rasa tak habis2 lagi cite yang ade. Lepas subuh, mama pun
Zzzzzz......

Tengahari tu, Mama bawa anak2 n tok wan ke giant. Konon nak jalan2 sambil cari lauk nak
masak buka nati. Mak oiiii.....ramai orang tu... beratur panjang nak bayar. Tak kira la tu. mama
redah jer....


Lama sangatla mama ni. Amir naik kete kuda dulu la....


Banyaknyeeeee......tok wan shopping. Amar makan ape tu....

Aksi2 tok wan n cucu2 nya;


>>>>>
>>>>>
>>>>>
>>>>>


Waaa....itu dia. Ikan yang amir tangkap kat giant buat santapan kami untuk berbuka petang ni. Besar tu.... Kitorang hajat nak bakar ler... Nyum! Nyum! sodap.....
Amir dengan hasil tangkapan ikannya.... Besarnye Mir, sama besar ngan Amir. Takut ker mir....

Ahli2 rumah sedang asyik melayan Upin & Ipin sampai x sedar gambar di snap. X padan yang si kecik tu....

Acara lepak2 sambil makan2 lepas terawikh.....


>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

Cucu2 kesayangan tok abah

>>>>>

>>>>>



Kami sempat menghabiskan masa di kampung 4 hari sahaja. Cadangan papa untuk bertolak balik selepas subuh akhirnya bertukar ke pukul 11 pagi. Hehehe... biasa la kitorang ni klu plan mesti tak jadi. Lagipun naik kete sendiri, ikut suka hati la nak balik kul bape kan. Lain la klu naik bas or trian terpaksa berkejar2 nak balik.


Last touch sebelum berangkat balik ke kelantan.

Alya berpelukan ngan tok wan. Tengok tu... Alya dah touching. Dia memang selalu cenggini.




>>>>>



>>>>>


Sangat kamching ngan c.ayid. Tak pernah2 berpisah tdo ngan mama alih2 kat sini nak tdo ngan c. ayid



Tinggal tok wan n c.yid kat rumah

Babai tok wan. Insyaallah....Raya nanti kita jumpa lagi yea...



Sungguh teruja anak2 ble kata nak balik rumah tok wan and tok abah. Amar lagila tak sabar, dari pagi dah tanye," nak pegi rumah tok abah dah ker?" 2-3 kali tanya dari siang sampai malam. Letih nak jawab. Malam tu lepas berbuka lebih kurang pukul 10malam kami pun memulakan perjalanan ke daerah kampung mama. seperti biasa perjalanan yang mengambil masa 10 jam amat meletihkan. (Padahal bukan mama yang drive. Hehehe....) Konon nak teman papa, asyik terlentok jer. Biasala mama.....
Kami tiba di kampung jam 8 pg. Anak2 so happy jumpa tok wan n tok abahnya. Sume berebut2 nak dukung tok abah termasuklah yang si kecik ni. hei......
Petang, mama n tok wan bertungkus lumus menyiapkan lauk untuk berbuka. Tok wan nampak happy n bersemangat nak memasak ble anak n cucu2 yang jauh ni balik.


Lauk pauk ni mama yg request. Gambo ni diambil lepas berbuka. Tak dan nak snap sebelum tu. Perut dah lapar.....

Lepas buka, semntara tunngu nk ke surau Cik Ayid melayan anak2 buah tengok TV.

Yang dua orang tu buka by botol susu jer....

K.Ya dah lepak seharian puasa. Tahun ni dia try puasa. Alhamdulillah...setakat ni boleh tahan sampai buka. Bagus anak mama...!

Mama n tok wan lepas solat dok gosip macam2 sambil pk nak masak apa sok buka (Plan baik punyer...). Papa, C.Ayid n tok abah ke surau solat tarawikh.







Selamat meyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarrak tahun ni, semoga di bulan Ramadhan ini dapat menghapuskan dosa2 kita, merapatkan hubungan silaturrahim dan menyemaikan sifat-sifat mahmudah dalam diri kita. Amin.......




Hari ni adalah hari terakhir mama posting di hospital ni. Lepas ni tak tau la ke mana pulak destinasinya. Agak seronok dan berpuas hati dengan performance student di bawah jagaan mama kali ni. Student kali ni dah senior yakni sem 5, tinggal satu sem lagi mereka ni sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ada sesetengah yang really good and mama impress dengan performance mereka namun ada juga sebilangan yang masih lemah dan memerlukan lebih perhatian. Walaumacamana pun mereka n kebanyakan jenis yang mudah terima teguran dan membuat perubahan. Alhamdulillah.....
Actually, posting student ni suppose habis next week. Mama jer yang habis awal coz nak bercuti n balik kampung di Johor. Bukan apa, dah lama sangat tak balik. Mama ingat nak balik trus masa raya puasa nati tapi tak tau la kenapa sejak sebulan lepas rasa nak balik kampung sesangat. Mak n abah kat kampung bukan main gembira lagi bila mama kata nak balik pose ni. Ye la, dah lama sangat anak sulungnya ni tak balik n.....dah la duk nun jauh di perantauan. (Ewah....). Lagipun dapat la kami berbuka puasa sekali n tok abah n tok wan rindu sangat ngan cucu2 nya yang comel kat sini. Hehehe....
Buat student2 mama, Tq bagi kerjasama masa posting. Mama juga nak minta maaf if marah2 ada yang 'Kesot' hati. Ye lah, budak2 ni cakap elok2 tak dengar, tinggi suara skit baru nak dengar. Anyway, sume tu untuk kebaikan semua. Apa2 benda yang baik yang dipelajari masa posting mama galakkan mereka ikut, tapi mana2 benda yang tak elok baiklah jangan ikut. Coz ia akan menyusah orang lain dan juga diri kita sendiri. Good Luck n babai.....






Orang kata senyum tu pengubat kedukaan. Senyum juga boleh buat orang yang sakit jadi lebih sihat. Tapi, senyum ni ada macam-macam jenis dan kalau ia ikhlas dapatlah pahala tapi kalau ia dibuat2............ let's check it out jenis2 senyuman yang ada ni......

1. Senyum manis-akan wujud hubungan yang baik sesama insan.


2. Senyum simpul-orang kata senyum ni senyum kumbang dpt bunga… hehehe…malu tapi mahu..


3. senyum sinis-lebih kurang macam mengejek la… atau ketawa tak ikhlas…


4. Senyum kambing-orang yang suka senyum macam kambing ni kan dia akan sentiasa tersenyum lebar walau dalam ape jua keadaan…


5. Senyum buaya- Ini senyuman yang mmg bahaya sungguh. Membawa berbagai makna… hati2 dengan seyuman ni kerana senyuman ni selalunya diberikan oleh buaya darat….


6. Senyum murah-akan terpancar seri muka. Orang yang murah dengan senyuman adalah orang yang memeang ikhlas nak senyum.


Bila kita dah tahu jenis2 senyuman ni, harap kita akan dapat mentafsirkan senyuman yang diberikan oleh orang kepada kita. Adakah ianya iklahs atau "senyum ada makna tu......" Hehehe.....Fikirkanlah yea.....



Nak cuba masuk contest lagi...
Contest ni anjuran Yatie Chomeyl




Tadaaa.. ini gambar kissing anak-anak mama
Kakak dan abangnya sibuk-sibuk nak kissing adiknya.
Gaduh tu jgn cakapla kan.. hari2 gaduh..
tp bab sayang amboiiii syg betul dgn adiknya.
Tgk muncung abangnya tuuuuu.. bukan main semangat lagi nak kiss adiknya.
.
Ok.. mama nak ajak semua join contest anjuran Yatie Chomeyl ni.
Bolehla kita sama2 terapkan budaya kasih syg dlm keluarga kan...



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />







Hehe.. kali ni mama nak cuba masuk contest plak.
Ini contest pertama yg mama nak masuk.
Ni pun sebab adik mama *Perfect Love* tu ler yg cucuk2 mama suh masuk.,
dia nak join tp dia kata takde gambar baju sedondon..
so.. mama pun cuba2 nasib la kot2 ada rezeki kan....

Idea contest yg super kreatif dianjurkan oleh http://is3riziburikazz.blogspot.com
Bagus gak idea iburikazz ni kan...
sambil2 masuk contest.. leh la kita sama2 carik idea kaler tema raya tahun ni utk family kita..
hehe


Okla... inilah tema baju sedondon kami;
Mama (Rohaita Baharuddin)
&
Hubby tersayang mama (Dr Ahmad Zakimi B Abdullah)
Tema purple ini kami pakai semasa raya tahun 2008.
Tahun ni kami bercadang utk berbaju sedondon Merah Maroon


Gambar ini pulak saja2 mama sertakan > kami sekeluarga sewaktu hari raya tahun 2008 dengan tema "purple".
Ok Iburikazz... terima kasih atas penajaan contest ni. Kawan2 pun jomla join contest ni. Dapatla mama menjamu mata tgk baju raya kawan2 yang lain pulak ;-)




Alhamdulillah.... Bulan Ramadhan kian menjelang.Sebagai umat Islam, kita pastinya menanti-nanti kedatangan bulan ini. Sebagai renungan buat semua, di sini mama paparkan beberapa amalan -amalan yang baik dilakukan di bulan suci ini.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik dari pada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan al-Qur`an dan mewajibkan puasa bagi kaum muslimin sebagai salah satu pondasi Islam. shalawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad yang telah menyampaikan kepada kita tentang ibadah-ibadah dibulan Ramadhan dan memberikan contoh kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan bulan yang penuh berkah ini.

Dari Abu Hurairah , ia berkata, 'Rasulullah memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ, شَهْرٌ مُبَارَكٌ, كَتَبَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ, فِيْهِ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةُ وَتُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ. فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. مَنْ ُحُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah I mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa." HR. Ahmad dan an-Nasa`i.

Berikut ini adalah amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan:

1. Puasa: Allah memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam.

Firman Allah :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah:183)

Rasulullah bersabda:

بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةُ وَصَوْمِ رَمَضَانَ وَحَجِّ الْبَيْتِ الْحَرَامِ.

"Islam didirikan di atas lima perkara, yaitu bersaksi bahwa tidak Ilah yang berhak disembah selain Allah I dan Muhammad r adalah rasul Allah I, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan pergi ke Baitul Haram." Muttafaqun 'alaih.

Puasa di bulan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah I, sebagaimana Rasulullah r bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah I, niscaya diampuni dosa-dosanya telah lalu." Muttafaqun 'alaih.

2. Membaca al-Qur`an: Membaca al-Qur`an sangat dianjurkan bagi setiap muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah bersabda:

اِقْرَؤُوْا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.

"Bacalah al-Qur`an, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (yaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya). HR. Muslim.

Dan membaca al-Qur`an lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, karena pada bulan itulah diturunkan al-Qur`an. Firman Allah :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS: al-Baqarah:185)

Rasulullah selalu memperbanyak membaca al-Qur`an di hari-hari Ramadhan, seperti diceritakan dalam hadits 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata:

وَلاَ أَعْلَمُ نَبِيَّ الله ِقَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِى لَيْلَةٍ, وَلاَ قَامَ لَيْلَةً حَتَّى يُصْبِحَ وَلاَ صَامَ شَهْرًا كَامِلاً غَيْرَ رَمَضَانَ.

"Saya tidak pernah mengetahui Rasulullah r membaca al-Qur`an semuanya, sembahyang sepanjang malam, dan puasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan." HR. Ahmad.

Dalam hadits Ibnu Abbas t yang diriwayatkan al-Bukhari, disebutkan bahwa Rasulullah melakukan tadarus al-Qur`an bersama Jibril di setiap bulan Ramadhan.

3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan shalat Tarawih berjamaah: Shalat Tarawih disyari'atkan berdasarkan hadits 'Aisyar radhiyallahu 'anha, ia berkata:"Sesungguhnya Rasulullah keluar pada waktu tengah malam, lalu beliau shalat di masjid, dan shalatlah beberapa orang bersama beliau. Di pagi hari, orang-orang memperbincangkannya. Ketika Nabi mengerjakan shalat (di malam kedua), banyaklah orang yang shalat di belakang beliau. Di pagi hari berikutnya, orang-orang kembali memperbincangkannya. Di malam yang ketiga, jumlah jamaah yang di dalam masjid bertambah banyak, lalu Rasulullah keluar dan melaksanakan shalatnya. Pada malam keempat, masjid tidak mampu lagi menampung jamaah, sehingga Rasulullah hanya keluar untuk melaksanakan shalat Subuh. Tatkala selesai shalat Subuh, beliau menghadap kepada jamaah kaum muslimin, kemudian membaca syahadat dan bersabda, 'Sesungguhnya kedudukan kalian tidaklah samar bagiku, aku merasa khawatir ibadah ini diwajibkan kepada kalian, lalu kalian tidak sanggup melaksanakannya." Rasulullah wafat dan kondisinya tetap seperti ini. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Setelah Rasulullah wafat, syariat telah mantap, hilanglah segala kekhawatiran. Disyari'atkan shalat Tarawih berjamaah tetap ada karena telah hilang 'illat (sebabnya), kerena 'illat itu berputar bersama ma'lul, ada dan tiadanya. Di samping itu, Khalifah Umar telah menghidupkan kembali syari'at shalat Tarawih secara berjamaah dan hal itu disepakati oleh semua sahabat Rasulullah pada masa itu. Wallahu A'lam.

4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar: lailatul qadar adalah malam yang lebih baik dari pada seribu bulan yang tidak ada lailatul qadar dan pendapat paling kuat bahwa ia terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, terlebih lagi pada malam-malam ganjil, yaitu malam 21, 23,25,27, dan 29. Firman Allah :

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌمِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS.al-Qadar :3)

Malam itu adalah pelebur dosa-dosa di masa lalu, Rasulullah bersabda:

وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدَرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

"Dan barangsiapa yang beribadah pada malam 'Lailatul qadar' semata-mata karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah I, niscaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." HR. al-Bukhari.

Menghidupkan Lailatul qadar adalah dengan memperbanyak shalat malam, membaca al-Qur`an, zikir, berdo'a, membaca shalawat. Aisyah radhiyallahu 'anha pernah berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku ucapkan? Beliau menjawab, 'Bacalah:

اَللّهُمًَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَفاَعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang suka mengampuni, ampunilah aku."

5. I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar: I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Sedang dalam istilah syar'i, i'tikaf berarti berdiam di masjid untuk beribadah kepada Allah dengan cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syari'at.

I'tikaf merupakan salah satu sunnah yang tidak pernah ditinggal oleh Rasulullah , seperti yang diceritakan oleh Aisyah radhiyallahu 'anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتىَّ تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.

"Sesungguhnya Nabi r selalu i'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian istri-istri beliau beri'tikaf sesudah beliau." Muttafaqun 'alaih.

6. Memperbanyak sedekah: Rasulullah adalah orang yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan Ramadhan. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas , ia berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ, وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِى رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ ...

"Rasulullah adalah manusia yang paling pemurah, dan beliau lebih pemurah lagi di bulan saat Jibril menemui beliau, …HR. al-Bukhari.

7. Melaksanakan ibadah umrah: salah satu ibadah yang sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanakan ibadah umrah dan Rasulullah menjelaskan bahwa nilai pahalanya sama dengan melaksanakan ibadah haji, seperti dalam hadits yang berbunyi:

عُمْرَةٌ فِى رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً

"Umrah di bulan Ramadhan sama dengan ibadah haji."

Demikianlah beberapa ibadah penting yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan dan telah dicontohkan oleh Rasulullah . Semoga kita termasuk di antara orang-orang yang mendapat taufik dari Allah untuk mengamalkannya agar kita mendapatkan kebaikan dan keberkahan bulan Ramadhan. Wallahu A'lam.


Dipetik dari: http://www.islamhouse.com/p/53825



Dah seminggu lebih aku bertahan dengan keadaan air yang keluar macam @#$%^&!*. Aku memang pannnntangggg skali kalau air takde. Apa taknye, takde air sume kerja xleh buat. Malam tadi lagi la giler..... air tak keluar langsung sampai pagi. Nasib baik ada dalam setengah tong aku tadah semalam untuk anak aku n papanya mandi pagi tadi untuk pergi sekolah n kerja. Aku pulak nasib baik la hari ni aku cuti, kalau tak mau aku meroyan tak tentu hala. Actually, problem ni memang dah lama kat daerah aku ni. Tak tau la apa yang diorang nak buat. Kejap korek sana, kejap korek sini then korek balik tempat yang dah korek tu. Apa nih!!!! Menyusahkan orang ada la. Kononnya macam nak me'repair' tapi apa benda yang diorang repair pun tak tau. Dengar2 cite repair punye repair sampai benda lain pulak rosak. Pastu buat bodo jer.... Hai....tak tau la apa nak jadi ni. Mulut aku ni tiap2 hari menyumpah seranah berbakul2 sampai laki aku pun buat pekak jer coz malas nak layan bebelan aku tu. Aku....Lagi panjang la menyumpah. Yang aku pelik, macamana syarikat air tu boleh dapat pengiktirafan ISO. Celah mana yang 'excelent'nya. Pengguna macam aku ni sangat2 tak puas hati. Air selalu takde. Kuar kecik macam @#$%^^&* tu pun kira nasib baik. Pernah sekali tahun lepas, air keluar dah la kecik pastu keruh pulak. Nak guna untuk mandi pun geli apatah lagi nak buat minum. Uwekkk! Nak tak nak tawakal je la..... Pernah aku terbaca komplen ni kuar kat suratkhabar, orang tu minta syarikat berkenaan selesaikan masalah air ni supaya pengguna berpuashati. Ada ke patut dia suruhnya pengguna yang cari solution dengan menggunakan air 'Booring' ( tak tau betul ke tak eja) air yang dikorek dari tanah dengan menggunakan mesin, kira air telaga moden la tu. Dah la nak pasang benda tu beribu ringgit, klu syarikat tu nak sponsor ok gak. Ni pasang sendiri. Banyak duit @#$%^&*. Aku berdoa la banyak2 supaya suatu hari nanti "kemarau" ni akan berakhir.....




Ha.....Puas hati aku......
Hari ni adalah first paper mama untuk final exam (P. Msia). Actually exam start kul 9 tp kul 7 lg mama dah kuar coz nk kene tempuh jem utk smp ke destinasi. Sesampai d sana lebih kurang kul 8 so sempat la nk belek2 wat kali terakhir. Ok la juga soalan boleh jawab. Exam yg suppose nya habis kul 10.30am, tp mama dah kuar kul 10 lg. Alhamdullillah....mudah2 beres semua...







src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />



Sepanjang ketidakaktifan mama selama ini macam2 yg berlaku. Dah la bizi dengan tugas2 kerja dan study mama, ditambah pula dengan perkara2 yang membengangkan kepala otak ni.


1) 5/7/2009 :

Benda yang selalu kerjanya menyetelkan basuhan2 yg setimbun meragam pulak kali ni. Aduhai.... berapi tul hati ni. Ape taknye klu benda ni xde mahu patah riuk tulang belakang mama. Disebabkan kebengangan yg melampau ni mama pun nekad bli yg baru. 16/7/2009, tengahari tu lepas habis kelas mama pun henjut Waja g kedai elektrik yg berdekatan. Mama suh dia hantar petang tu jugak. Cina tu kata "OK".


2) 22/7/2009
Orang sabar ada tahapnya. Tapi hari ni, tahap kesabaran mama dah sampai maksimum. Actually mama ada tersangat bengang dengan staff kat tempat keje mama tu. Mungkin dia ni pesen takde perasaan. Orang dah tolong tak nak syukur malah nak marah n maki2. Mama dah dgr cite pasal dia ni dah lama n mama dah tau perangai dia. Banyak dah dia wat hal, mama wat donno jer.Tapi kali ni dah MELETOP! Mulai hari tu mama malas nak tolong apa2 " KO wat la sendiri!!!"



member mama gelar dia benda ni. Memang sesuai...

3)30/7/2009
Aduhai.... asgment tak siap ag. Sok dah kene hantar n present. Biasalah mama ni ske wat keje last minute. Dari pagi mama dah terpikir2 pasal benda ni. Dah berminggu2 Mama duk bebel2 kat papa suh repair printer yg rosak tu. Papa asyik kata,"nanti, nanti". Akhirnya papa mengalah bila mulut mama ni tak henti2 suh repair benda tu. (Hehehhe...saje nk suh dia bli tuh). Dengan tabahnya lepas balik keje kul 2 tu,mama bertungkus lumus menyiapkan asgment sampai ke pukul 7 pagi. Nasib baik papa dah belikan printer tu klu tak....kelam kabut pulak nak cari kedai nk print asgment ni pagi2 buta.( TQ papa...sayang papa)





*** Kadang2 perkara2 yang membengangkan kita ni ada baiknya. Nak suruh kita sabar. Bila dah sabar buat kerja pun tenang. Bila dah tenang hasilkita pun nampak baik juga. Macam kes no 3 tu,walaupun asgment tu dibuat last minute, tapi hasilnya presentation mama amat membanggakan dan mendapat pujian dari lecturer. Sampai dia kat " U boleh buat presentation U tadi sebagai research U next time". Wah! Sounds good. Insyaallah...nati bila dah tamat degree if berkemampuan mama akan buktikan apa yang lecturer tu cakap n nak pastikan research mama tu berjaya direalisasikan satu hari nanti.....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />
Petang tadi,Iman n family datang ke rumah.Sajer jalan2 nk jumpa C.Ta katanya.Sukalah budak2 ni ble Iman datang. Dorang main2 dgn happynye. Mama pun tumpang happy tgk diorang ni. Almaklumlah, lama x bersantai bersama keluarga. Papa asyik on call jer. Actually hari ni papa janji nak bawa budak2 pergi Splash Water mandi2. Tapi.... papa kerja pulak. Papa kata lain kali dia bawa. Nasib baik petang ni Iman datang. Dapat la diorang main2 n happy2.





Lain kali Iman datang lagi ya main2 dengan kami.....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />




Buat semua followers,agak lama juga mama menyepi. Bukan apa, terlalu membizi dgn tugas2 harian; assigment, presentation, midterm exam, posting etc. Nk buka blog pn x sempat. Alhamdulillah semua dah settle cuma tinggal final exam yang akan bermula tak lama lagi. Jadual exam mama;

4hb Ogos : Pengajian M'sia
14hb Ogos : English written
16hb Ogos : Professional Issue In Nursing

Harap2 boleh buat la exam kali ni n naik sem 4. Lulus every sem n boleh capai impian mama dengan cepat. Amin......



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />
Newer Posts Older Posts Home


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com