mummylove-roha.blogspot.com
Hari keramat buat bapa2 tersayang. Tidak ketinggalan juga mama ingin mengucapkan "Selamat Hari Bapa, buat bapa2 yang bertakhta di Hati mama....Doa dan harapan mama, mereka akan sentiasa sihat, dilindungi dan bahagia disamping isteri, anak2 serta cucu2 yang makin bertambah....Amin....


Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />
Hehehe....Actually, nak wat surprise kat papa sempena father's day on Sunday ni. tetiba je papa nk kuar beli benda yang mama memang nak bagi pada papa. So, masa papa g toilet, mama pun bawa kuar la present untuk papa letak atas meja kat luar. yang herannya, papa duk keluar masuk tapi dia sikit pun tak perasan benda yang ada kat atas meja tu.( tak tau la kot2 dia wat tak nampak). Then, mama pun suruh K.Ya bawa g present ut tunjuk kat papa. Dia pun ala ala surprise kata "untuk papa ke???" mama pun angguk je la... Then bila papa buka, mama intai muka dia tersengih2 means, suka la kot....


Present untuk papa.Hope papa suka yea...

Sebagai seorang isteri, mama mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia,diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang baik2. Bimbinganlah mama dan anak2 ke jaln yang diredhai Allah....Amin....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />


Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri

ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat

kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,

sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja

dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,

jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami

seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala

tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala yang banyak dia

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid

atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian

Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,

jadi dia pun memberi pahalanya kepada

suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan

isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung

terhadap suami dia tak akan dapat pahala ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan

diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik

dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak

kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir

kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan

wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />


Catatan di bawah adalah sebagai renungan kita bersama kerana kesibukan harian kita kadang2 kita terlupa @ alpa akan keterlanjuran diri kita sendiri....

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.
Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2.
Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3.
Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya

4.
Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5.
Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga. Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.
Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..

7.
Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.
Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9.
Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Oleh itu, perkara yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah sifat2
MAZMUMMAH. Maka hindarkanlah sifat mazmumah ini dan amalkan sifat mahmudah yang boleh memberikan kita kemudahan, ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat....
Wassalam.....




src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />




























Last touch @ Langkawi: Dataran Lang




On the way back to Kuala Kedah Jetty: Dalam Feri Labuan Ekspress



Goodbye Langkawi......



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />
Day 3:

Hari yang ketiga di Langkawi. Plan kami hari ni nak jalan2 ke makam Mahsuri. On the way ke
sana, kami singgah sebentar di kedai tepi jalan untuk mengisi perut yang kosong untuk sarapan
pagi ini. Perjalanan ke makam Mahsuri agak sukar juga, jumpa signboard tetiba masuk tempat lain pulak. Jumpa seorang pakcik tepi jalan, dia bagi instruction macam guide tour. Baik punyer...

Ni muzium Mahsuri. Ada sejarah2 tentang Mahsuri kat dalam ni.

Amir dan Sara sedang cuba memahami tentang sejarah Mahsuri



Beca zaman berapa masihi pun mama kurang tahu pulak

Di hadapan makam Mahsuri
Setelah penat mengeliling tempat makam Mahsuri ni. Kami pun menuju ke destinasi penting. MAKAN!!! Biasa la dah time. Actually nk p makan kat Restoran Siti Fatimah. Tup! Tup! Sampai ....tutup da.... Dia ada tulis kat signboard kedai dia "TUTUP PADA HARI RABU". So, makan tengahari kami ialah di restoren terjah "Restoren Nasi Beriyani" yang terletak di Pekan Kuah.


Menu yang di pesan. Cik Da nampak dah tak sabar tu...
Sedap jugak makanan kat sini harga pun tak mahal. Berpatutan. Dah kenyang....kami pun henjut Avanza ke Hj Ismail Group. Kat sini jual macam2 benda la. Yang teruja skali.....COKLAT! Kat sini kami borong sakan coklat2 yang ada. Cik Da n Cik Wan lagi melampauuu.....

Kepenatan tunggu Cik Da borong kat dalam. Cepat la woooiii



Makan malam yang unplanned jugak. Ape taknye pusing2 cari kedai yang dituju tup...tup....kuar tempat lain. Disebabkan perut dah berkeroncong dahsyat mak stop je la kat kedai tepi2 yang jumpa tu. Sedap jugak...bedal ajer.....



Balik tu, acara packing memacking coz sok nk balik dah. Babai Langkawi....




Day 1:

Rasa tak sabar nak menjejakkan kaki di bumi Langkawi. Apa taknya plan yang berbulan2 ni dah nak mula kami lalui. Pejalanan yang mengambil masa hampir 9 jam, amat memenatkan. Walaupun mama bukan jadi driver, mama kena jugak berjaga coz kena jadi pemandu jalan untuk papa. Yelah, kitorang x biasa ke sebelah utara ni. Area lain memang teror. Pagi tu, sampai saja di Kuala Kedah, park kete kat tempat selamat then terus gi ke Jeti utk bli tiket. Nasib kami baik coz tak ramai orang masa tu n nasib baik juga tak sampai 10 minit feri kami akan bertolak ke Langkawi. Perjalanan ke Pulau Langkawi yang mengambil masa 1 jam 45 minit membuatkan kami semua tertidur keletihan sambil dibuai-buai dek arus ombak laut yang memukul feri kami. Zzzzzz......

Dalam feri ke Langkawi

Amir n papa

Sesampai kami di jeti Langkawi, kami terus dapatkan shuttle Avanza kami n menuju ke airport untuk fetch family adik yang akan tiba dalam pukul 11 am. Sementara menunggu mereka tiba, perut pun dah minta diisi, so tempat dituju ialah Kenny Rogers ( tu je kedai makan yang kami nampak ada kat situ). Lagipun kami tak nak terlewat fetch diorang nanti.


Menuggu hidangan tiba. Lapar...lapar....



Setibanya mereka, kami terus menuju ke penginapan di AB Motel, di Pantai Chenang untuk check in bilik masing2, rehat2 sekejap sebelum memulakan aktiviti pertama kami... mandi laut.... Antara aksi2 di laut....



Buat Istana Pasir ke?

Alya dan ombak kecil

Amar pandai berenang ke?

Amir merenung ombak yang datang

Mama, anak2, Cik Da n Sara


Malam....kalau mengikut schedule kami, dinner kami malam tu di Wan Thai Restaurant di Pekan Kuah. Makan malam ni ditaja oleh mama.


Restoren yang sohor di Langkawi

Menunggu makan malam

Minum air kosong dulu la...


Antara menu kami malam ni. Memang sedap masakan di restoren ni


Day 2:

Hari ni, bermulalah aktiviti2 round the Langkawi. Tempat2 yang kami nak pergi hari ni, Naik Cable Car, Mini zoo, Lunch di Hj Ramli Restoren, Underwater world n The Zone.

1) LANGKAWI CABLE CAR

Pintu masuk ke Cable Car


Pemandangan dari dalam Cable Car


Mama takut dalam Cable Car ni.... Papa tu kontrol macho jer....
Check point pertama Cable car

Cantik kan pemandangan di atas ni...

Ketinggian 700 meter dari aras laut. Tinggi kan...

Pemandangan yang indah dari atas


Muka Cik Da yang ketakutan. Hehehe....

Turun dari Cable Car, kami menuju ke mini zoo yang bersebelahannya. Tak banyak binatang kat sini tapi ada aktiviti menarik yang dilakukan di sini.


2) MINI ZOO

Bagi feeding kat rusa. seronok tgk anak2 mama buat. Mama takut dia gigit jer

Amar pun tak ketinggalan

Amir tak takut ker?

"Amir nak bagi jugak..."


Papa pun joint skali

Feeding rabbit pulak


"Amir suka feeding rabbit"

Amar kat bawah sangkar pun sanggup dia redah



3) UNDERWATER WORLD

Baru masuk Underwater World


Nampak si Parrot tu...?

Kolam si tortoise

Pertunjukan aksi Seal

Sejuknya...di Gunung Fiji!


Pose menarik dalam aquarium

Nak tengok wayang 3D nih....

Macam party dalam air pulak

Terkenang zaman berdua dolu...


4) Persegaran

Pakej makan untuk hari ini ditaja sepenuhnya oleh Cik Da. Thanks Cik Da. Makan malam kami adalah yang terbest skali iaitu di Restoran Nelayan. Kedai nampak simple jer. Tapi, sedap.... Boleh pilih ikan n makanan laut lain kat belakang kedai 2. Fresh! Masa tengah sedap makan tu, tetiba terpandang plage Jalan-jalan cari makan. Dorang dah sampai sini rupanya. Patutla sedap....

Lauk pauk yang telah licin. Memang sedap kan....

Tengok dua orang suami tu. Makan dengan berselera nya....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/273/2DF9A893C289C3582B001076E14F1A94.png" style="border: 0 !important; background: transparent;" />

Newer Posts Older Posts Home


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com